Wednesday 22 February 2012


Cabaran Membawa Padah

Hospital Sungai Buloh - Sebuah hospital yang sudah ditinggalkan sejak kekalahan tentera jepun pada perang dunia ke 2 yang lalu . Sekarang ia telah di tutup di sebabkan daripada kes pembunuhan bersiri yang terus berlaku di bilik mayat hospital tersebut . Sehingga bilik mayat tersebut menjadi bilik paling ditakuti oleh pekerja-pekerja hospital tersebut .

Pada suatu malam , 3 sekawan bertarung siapa yang dapat tinggal lama dalam bilik mayat tersebut . Bilik mayat yang sudah 50 tahun tidak dikunjungi manusia .
Lee    :   Hehe , Jangan tarik diri Khai !
Fiz     :   Khai , kalau takut baik tarik diri sekarang jugak sebelum terlambat . Hehehe
Khai  :   Aku memang sangat takut sekarang ni dan aku takut kalau aku berjaya bermalam
             2 hari 2 malam kat bilik mayat tu , mampu ke kau orang nak belanja makan aku
             selama 1 tahun ? Hahahaha
Fiz     :    Ceh , kita tengok dulu Khai .

Lalu mereka masuk ke Hospital dan terus ke bilik mayat yang mereka hendak kunjungi .

Khai   :  Wow , macam ini rupanya bilik mayat yang di katakan seram tu . Hahaha
Lee    :   Besar jugak bilik ni .
Khai  :  Tak macam tempat berpuaka pun , Tak sram langsung ! Hahahaha .
Fiz     :   Cewah , jangan cakap besar ! .
Khai  :  Okay , now kau orang boleh belah , lepas 2 hari datang jumpa aku semula , dan sediakan duit
            banyak-banyak sebab lepas 2 hari nanti kau orang kena belanja aku selama 1 tahun . Hahaha
Lee   :  Khai , kau tahu tak apa yang ada dalam peti mayat ni ? Aku rasa ada Pontianak penghisap darah tau
           Hahahaa ! .
Fiz     :  Tu tak seram lagi , ada orang cakap ada pocong berkeliaran dekat kawasan hospital ni . Hahahah !
Khai  :  Berambus lah , Aku tak takut pun ! Hahaha .

Lalu , Lee dan Fiz pun pulang tinggal Khai keseorangan di bilik mayat tersebut .
Dan Khai membentangkan tikar untuk dia bermalam di situ .

Khai  : Apa yang ada kat dalam peti mayat tu ha ? (Cakap dalam hati)

Lalu , Khai terus membuka peti mayat tu .

Khai  : The hell , Apa ni ?! masih ada mayat ?! ( dalam keadaan ketakutan) , ini tak mungkin kan hospital ni
           sudah lama ditinggalkan ?! Tak kan la mayat ni pun dia tinggalkan sekali ?! Satu ni je ke mayat
           yang ada ? Huh ?!!!!! Mana pergi mayat tu tadi ?!

Lalu pintu mayat itu tertutup dengan kuat sekali , Khai dalam keadaan ketakutan  pun menjerit dan membuka semua pintu mayat yang berada di bilik tersebut .

Khai  : Hahhhh !!! Mayat yang sama ! macam mana dia boleh berpindah pulak ni ?!,Tidak!!!
           Apa yang berlaku sekarang ni ?! Kenapa masih ada mayat dalam bilik ni ?! Tidak !!!
           Tak mungkin !!!

Lalu , semua peti mayat terbukak dengan lajunya sehingga terkena Khai dan menyebabkan Khai terjatuh .
Khai  : Tidak ! , ini mungkin satu khayalan .

Walau macam mana Khai menjerit pun , mayat dalam peti tersebut semangit kuat mengilai dan memanggil-manggil nama Khai . Lalu , Khai menjerit sampai keadaan dirinya tidak terkawal dan menyebabkan keadaanya dirinya menjadi tidak waras .

Malam yang ke -3 .

Fiz    :   Fuiyoh , Khai betul-betul berjaya laksanakan cabaranya la ! Hahahaha .
Lee   :   Habislah kita macam ni kena belanja dia makan selama 1 tahun .

Lalu ,    Fiz dan Lee pergi menjemput Khai di Bilik Mayat tersebut .

Fiz     :   Woi , Hero ! Cepat la keluar ! kau da menang sekarang ! Hahaha .
Khai  :   Huh?!! Sorang lagi !!!

Lalu , Khai yang dalam keadaan tidak waras  membaling sepasang tangan ke arah Lee dan Fiz .
Fiz   : Huh ?? Ehh ni tangan manusia !!
Lee  : Apa yang berlaku ni Khai ?!
Fiz   : Lee , Cepat lari !!!

Tidak sempat mereka berdua lari , pintu bilik mayat tersebut tertutup sendiri , Fiz dan Lee berada di dalam keadaan ketakutkan tidak dapat melakukan apa-apa . Khai yang di dalam keadaan tidak waras lalu menikan Fiz dan Lee menggunakan tulang yang tajam . Dan menyebabkan Fiz dan Lee mati di tempat kejadian .7 hari selepas itu polis telah menemui mayat 3 sekawan itu telah mati dengan keadaan yang ngeri .Dan kes pembunuhan bersiri di Hospital Sungai Buloh masih misteri sehingga kini


PENGAJARAN : Jangan nak bajet hebat dengan benda-benda halus macam ni !
                            Kalau nak tunjuk hebat pergilah tunjuk di jalan yang sihat dan
                            tak menjejaskan kesiahatn badan . Makhluk Halus Tu Wujud
                            Mungkin Ada Di Sebelah Kamu Wahai Pembaca !              

No comments: